Khamis, 17 Disember 2020

Puisi Terima Kasih Cikgu


Terima Kasih Cikgu


Cincin ingatan yang melingkar di jari hati

tidak mungkin aku lucutkan biar sesaat ini

merenjis wangi budi di setiap persinggahan

pelita dedikasi yang kau nyalakan

gemerlap menerangi ruai kesedaran

menyuluh lorong-lorong kehidupan

memecahkan dinding penjara kealpaan.

 

Titis tinta yang kau goreskan

merentasi rimbunan belukar kejahilan

merentangi tebal hutan kejumudan

merobohkan tinggi gunung kebebalan

sepatu semangat perjuangan yang kau tinggalkan

kami sarungkan di kaki khidmat

untuk terus mendaki gunung matlamat

mendukung amanah menjunjung amanat

mengangkat martabat bangsa ke mercu daulat.

 

Namun tatkala Ilahi menduga

kantung nanah barah pecah

menghambur kepedihan dan keperitan

merobek rongga hidung menjerut tangkai nyawa

kau akhiri jua nyanyian perjuangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa karya popular?