Sabtu, 4 Julai 2020

Karangan Suasana di Pasar Malam

Suasana di Pasar Malam

 

Pasar malam merupakan tempat untuk orang ramai memberi barang keperluan harian seperti barang basah dan kering selain pasar raya. Pada hari sabtu yang lalu, saya telah mengikut ibu ke pasar malam. Kami berjalan kaki sahaja kerana tapak pasar malam tersebut terletak berhampiran dengan rumah. Pasar malam bermula pada pukul 5.00 petang sehingga pukul 10.00 malam. Pasar malam ini diadakan di jalan Taming Sari 1. Saya selalu menemani apabila pergi ke pasar malam.

            Suasana di pasar malam tersebut sangat meriah. Saya mengikut ibu ke pasar malam kerana ada banyak keperluan yang perlu dibeli oleh kami di pasar malam. Antaranya ialah makanan, minuman, pakaian dan barangan dapur. Ibu menyorong sebuah bakul untuk mengisi barangan yang telah dibeli. Peniaga yang berada di pasar malam terdiri dari pelbagai bangsa dan menjual dengan harga yang berpatutan.

            Ibu singgah di sebuah gerai untuk membeli pelbagai bahan mentah. Antaranya termasuklah ayam, ikan, sayur, daging dan pelbagai lagi yamg telah disusun rapi di atas rak yang bersih. Pasar malam menjadi tumpuan orang ramai kerana bahan yang dijual segar. Ibu sempat menawar harga ikan kepada penjual. Penjual tersebuat tidak teragak-agak untuk menurunkan harga kerana ibu ialah pelanggan tetapnya.

            Suasana di pasar malam amat riuh rendah dengan pekikan penjual. Kedengaran suara penjual sibuk melaung harga barang yang dijual. Ia bertujuan untuk menarik minat para pembeli. Lewat petang, keadaan di pasar malam semakin sesak. Saya dan ibu tidak lupa untuk membeli beberapa bungkus nasi lemak kukus daripada Pak Abu untuk dibawa pulang.

            Selepas itu, kami singgah di sebuah gerai yang menjual cendol untuk membeli cendol yang telah dipesan oleh abang. Kami terpaksa beratur panjang sementara menunggu giliran. Kemudian kami membeli beberapa ketul ayam goreng untuk dimakan bersama dengan nasi lemak tadi.

            Setelah satu jam berada di pasar malam, kami pun berjalan pulang ke rumah. Saya menbantu ibu menjinjing beberapa bungkus plastik barang-barang yang dibeli. Walaupun penat, saya berasa amat seronok kerana dapat menemani ibu dan mencuci mata di pasar malam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Apa karya popular?