Pekebun Sayur
Pak Cik Wong merupakan seorang pekebun sayur.
Dia tinggal di sebuah kampung yang terletak di Sabak Bernam. Hampir setiap hari
Pak Cik Wong akan membanting tulang untuk menyara kehidupannya sekeluarga.
Kehidupan mereka ibarat “kais pagi makan pagi, kais petang makan petang”.
Pak Cik Wong mempunyai seorang isteri dan lima orang anak. Pak Cik Wong juga
merupakan seorang pekebun yang berjaya.
Hari-hari
Pak Cik Wong akan mengeluarkan keringatnya dengan menanam pelbagai jenis
sayur-sayuran seperti bayam, sawi, kacang panjang, terung dan cili. Pak Cik Wong
pergi ke kebun dengan mengayuh sebuah basikal tua. Basikal tersebutlah yang
menjadi saksi kejayan Pak Cik Wong sebagai seorang pekebun yang berjaya. Rutin
harian Pak Cik Wong ialah mencangkul tanah, membina batas, menyiram
sayur-sayuran, membaja sayur-sayuran dan memetik sayuran yang sudah matang.
Selain
itu Pak Cik Wong juga amat gigih membanting tulang. Dia juga menggembur tanah
dengan menggunakan sebatang cangkul. Aktiviti di kebun juga sering dibantu oleh
isteri dan anak-anaknya terutamanya ketika cuti sekolah. Kehidupan mereka
sangat bahagia. Setiap tanamannya akan dibubuh baja supaya dapat hidup subur.
Begitulah kegigihan Pak Cik Wong dan keluarganya kerana pada pandangannya “
jikalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya”.
Pada setiap
hujung minggu, Pak Cik Wong dan keluarganya akan meraih hasil yang lumayan.
Mereka akan bekerjasama memetik semua hasil tanaman yang sudah matang dan akan
dijual di sebuah pasar malam yang terletak di pekan Sabak Bernam. Sebahagian
hasil jualan yang Pak Cik Wong perolehi akan disimpan di dalam bank dan
selebihnya akan digunakan untuk perbelanjaan harian mereka.
Begitulah
kisah kehidupan Pak Cik Wong sebagai seorang pekebun yang berjaya. Dia berjaya
kerana mempunyai sikap yang rajin, tidak mudah berputus asa dan gigih berbakti
kepada tanah. Benarlah kata pepatah “yang bulat tidah datang bergolek, yang
pipih tidak datang melayang”.