Selasa, 30 Mac 2021

Cara-cara Menghasilkan Pantun 4 Kerat (Tips Permulaan Berpantun)


Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. 


Hari ini, Chinta ingin kongsikan cara-cara untuk menghasilkan pantun 4 kerat. Mudah sahaja kawan-kawan. Tipsnya seperti yang berikut:

1) Ada empat baris, dua baris pembayang (unsur alam) dan dua lagi maksud (isi yang ingin disampaikan).

2) Bina dua baris maksud dahulu.

3) Bina pembayang yang mengikut rima hujung maksud.

4) Rima hujung harus a, b, a, b.

5) Bilangan suku kata setiap baris antara 9 hingga 13 sahaja.


Nah, siaplah pantun 4 kerat anda!



Bukan itu sahaja, Chinta juga telah berkongsi tips ini dalam Bengkel dan Pertandingan Gema Pantun Peringkat Sekolah Kebangsaan Pandan Indah Anjuran Panitia BM dan Unit NILAM 2021 bersama-sama Cikgu Arif Hadri bin Japri. Sambutan yang diterima oleh rakan-rakan SKPI amat mengalakkan. 

Salam Menjulang Warisan Bonda!






Isnin, 8 Mac 2021

Puisi Hari Pertama ke Sekolah


Hari Pertama ke Sekolah

 

Debar hatiku

kala ke sekolah

di hari pertama

tahun baharu

tahun 2021.


Dalam perut kelas

meja terkehadapan

jadi pilihan

Aina, teman seangkatan

di sisi jadi peneman.


Loceng pertama berbunyi

Encik Kannah dengan senyum simpulnya

melangkah masuk

Monday, 8th March 2021 ditulis

tanda sesi pembelajaran bakal bermula.


Usai 6 jam menokok ilmu di dada

dentingan loceng akhir

penanda tamat hari pertama

debar direda

tetapi membungakan azam di jiwa

agar gandakan usaha

jadi murid berjaya

di hari-hari seterusnya.

Apa karya popular?