Kecintaan Chinta Sofea Mahafiz terhadap bidang penulisan dinukilkan di sini agar manfaatnya dapat dikongsi ke pelosok jagat raya!
Jumaat, 22 Januari 2021
Jumaat, 1 Januari 2021
Puisi Rindu Cikgu
Rindu Cikgu
Saat matahari baru saja bernyawa
di bening pagi
gelisahmu pada bangsa
kenangmu pada agama
pada deru masa yang beredar
saat bulan menyatu ke laut
akan kukelek sedulang budimu
sebagai momen kenang-kenangan
sehayat doa aku titipkan.
Dikaulah kemilau sinar pelangi
selalu kuat dan bersemangat
untuk menguatkan jiwa raga
ketika tahrim mengejut matahari
moga engkau dianugerahkan
lahad subur bersama sepohon mawar
bercambah menjadi benih-benih rindumu.
Cikgu
semoga
cintamu pada-Nya akan terus bergelora
zikirmu akan terus bertitir
bongkah-bongkah rindumu akan kekal
terus bersemarak.
Langgan:
Catatan (Atom)
Apa karya popular?
-
Suasana di Pasar Malam Pasar malam merupakan tempat untuk orang ramai memberi barang keperluan harian seperti barang basah dan kering ...
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kawan-kawan. Hari ini, Chinta ingin kongsikan cara-cara untuk menghasilkan pantun 4 kerat. Mudah sahaja...