Pantun Nasihat Orang Berilmu
Oleh: Chinta Sofea binti Mahafiz
Berjalan-jalan pergi ke kedai,
Pergi ke kedai bersama Lisa,
Kalau mahu jadi pandai,
Baca buku setiap masa.
Lidah pedas termakan lada,
Tak senang duduk berasa resah,
Kalau ilmu penuh di dada,
Orang nak tipu pun susah.
Anak kuda anaklah keldai,
Dibawa jalan sampai ke Kedah,
Kalau kita menjadi pandai,
Kelak berjaya semuanya mudah.